Friday, September 25, 2009
Berlalunya bulan Ramadhan
Segaala apa yang dihadapi selama sebulan untuk memandu nafsu supaya tidak menguasai diri bagi orang yang beriman moga-moga dapat dipertahankan sehingga datangnya ramadhan ditahun hadapan.
Apa pun, kita menyambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran,kita diperintahkan bertakbir memuji Allah yang esa disetiap tempat dan lorong.Kita disuruh menemui seramai mungkin saudaramara dan jiran-jiran kita supaya dieratkan lagi tali silaturrahim.
Namun masih saya terkilan sikap orang-orang melayu beragama islam yang masih mengikut adat yang bertentangan apa yang disuruh dalam agama yaitu menziarahi kubur disetiap hari raya sedangkan sudah ramai ahli agama menyebut tentang perkara ini tapi masih buat-buat tak paham dan tidak dihiraukan.
Selepas itu pula.adab-adab apabila menziarahi kubur tidak dititik beratkan lebih lagi bagi wanita memakai pakaian yang tidak sempurna mengikut perintah Allah
Wednesday, August 26, 2009
TAZKIRAH RAMADHAN
Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, sebaiknya kita renungi secebis hadis Nabi S.A.W , semoga dengannya kita mendapat manfaat untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita.
(عن ابى هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى عليه وسلم ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والأمام العادل ودعوة المظلوم يرفعها الله فوق الغمام ويفتح لها أبواب السماء ويقول الرب لأنصرنك ولو بعد حين)
Maksudnya: Dri Abu Hurairah ra. Rasulullah S.A.W bersabda “ Tiga golongan yang tidak ditolak oleh Allah S.W.A iaitu orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, seorang pemimpin yang adil dan seorang yang dizalimi.Allah S.W.A akan mengangkatnya keatas awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah akan berfirman “ Demi kemulian ku pasti aku akan menolong kamu walau selepas beberapa k
etika:.

Di dalam kitab Ad-Durr Al-Mansur terdapat hadis yang dinukilkan daripada Aisyah ra. Bahawa apabila Ramadhan tiba, keadaan Nabi S.A.W akan berubah baginda akan menambahkan solatnya, sangat merendah diri berdoa dan keadaannya dikuasai oleh perasaan takutkan Allah S.W.T. Didalam hadis yang lain beliau berkata hingga keakhir Ramadhan Baginda tidak akan datang ketempat tidur.
Dinyatakan dalam satu hhadis bahawa dibulan Ramadhan Allah S.W.T memerintahkan para malaikat penanggung ‘Arasy supaya meninggalkan ibadah masing-masing dan mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa.
Memang dapat diketahui dari banyak hadis bahawa doa-doa dibulan Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi didalam penyempurnaan perkara ini kerana Alllah S.W.T telah berjanji dan janji itu diberitakan pula oleh rasul yang benar.
Walau bagaimana pun setengah orang mungkin telah berdoa untuk tujuan tertentu tetapi doanya tidak juga tertunai.Dengan sebab itu janganlah pula dia terfikir bahawa doanya tidak dikabulkan,sebaliknya hendaklah dia cuba memahami makna sebenar sesuatu doa dikabulkan.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila seseorang islam berdoa dengan syarat dia tidak berdoa untuk memutuskan silaturrahim dan tidak juga untuk sebarang dosa maka Allah S.W.T akan berikan kepadanya salah satu dari 3 perkara iaitu:
1-Dia mendapat apa yang telah didoakannya .
2-Sebagai ganti dari doa itu satu musibah atau keburukan akan dijauhkan darinya.
3-Diakhirat nanti pahala akan diberikan mengikut kadar doanya itu.
Adalah dinyatakan didalam sebuah hadis bahawa pada hari kiamat Allah S.W.T akan memanggil seorang hamba dan berkata:
"Wahai hamba ku! Aku telah memerintahkan kamu supaya berdoa dan Aku juga telah berjanji untuk menerimanya. Adakh engkau telah berdoa kepada ku? "Dia akan berkata, Ya saya telah berdoa" maka Allah berfirman "Tiada satu doa pun yang engkau telah pohon yang Aku tidak tunaikan: kamu telah meminta supaya sekian kesusahan dijauhkan maka Aku telah sempurnakannya di dunia dan kamu telah meminta supaya kamu dilepaskan dari sesuatu kesusahan tetapi kamu tidak tahu pun kesannya. Aku telah tetapkan gantian untuk doa itu dengan sekian ganjaran".
Rasulullah menyatakan sehingga satu demi satu doa'nya akan dipertingkatkan dan akan diberitahu samada ia telah disempurnakan di dunia ataupun gantiannya diberikan di akhirat.Melihatkan ganjaran pahala yang begitu banyak ,si hamba itu akan berkeinginan agar tidak ada satu pun dari doanya dimakbulkan di dunia dan di akhirat nanti dia mendapat ganjaran yang begitu banyak. Ringkasnya doa adalah satu perkara yang sangat penting.
Kelalain terhadapnya adalah satu kekurangan dan kerugian sangat besar.Nyatalah bahawa jika kita belum melihat tanda-tanda penerimaannya,maka janganlah kita merasa hampa.Allah juga memerhatikan kemaslahatan hambanya didalam memberi apa yang dipinta. Jika pemberian perkara yang diminta itu ada kebaikan untuknya maka akan diberikannya, jika tidak maka tidak akan diberi oleh Allah permintaannya itu.Ini merupakan ihsan Allah yang besar kepada kita kerana kadangkala apa yang diminta oleh kita tidak sesuai untuk diri kita maka akan diberikan dalam bentuk yang sesuai dengan kita.
Sunday, August 23, 2009
Ramadhan..
"Wahai orang-orang yang beriman! Telah difardukan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah difardukan kepada umat sebelum kamu, agar kamu menjadi orang yang bertaqwa"
Puasa dibulan Ramadhan merupakan ibadah yang ketiga menurut susun atur rukun Islam. Dalam bulan puasa Allah S.W.A menfardukan puasa kepada mereka yang telah cukup syarat.
'SYIAM' (الصيام) dalam bahasa Arab bererti menahan sesuatu. Mnakala mengikut penggunaan syara' pula ia bermaksud menahan segala makan minum dan perkara yang membatalkannya bemula dari terbit fajar shiggalah terbenam mentari dengan niat hanyalah kerana Allah S.W.A.
Abdullah bin Mas'ud ra, seorang sahabat Nabi yang ulung menjelaskan bahawa apabila sesuatu ayat yang dimulai dengan panggilan 'wahai orang-orang yang beriman" maka sepatutnya difahami bahawa ayat tersebut mengandungi satu prihal yang amat penting, sama ada perintah atau larangan.Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa mereka yang beriman sahaja yang sanggup melakukan atau meninggalkan urusan yang dipertanggungjawabkan.
Perintah puasa sebagaimana dalamn ayat diatas adalah satu perintah yang meminta seseorang itu mengorbankan keselesaan dan kesenangan diri dalam kehidupan seharian.Oleh yang demikian, hanya orang yang benar-benar beriman sahajalah yang mampu dan sanggup menunggu perintah mahupun larangan dari Tuhan semesta alam. Dalam hal ini, mereka bersedia merubah kebiasaan,menahan nafsu makan dan minum,syahwat dan bersedia bangun sahur
Dari ayat diatas juga dapat difahami bahawa peraturan puasa bukanlah peraturab baru yang dikenakan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w bahkan telah dikenakan kepada umat terdahulu. Meskipun dalam kitab-kitab agama terdahulu seperti Taurat dan Injil tidak menerangkan tentang hukum berpuasa namun terdapat didalamnya pujian dan galakan kepada mereka untuk melakukannya. nabi Musa sendiri pernah berpuasa selama 40 hari. Orang Yahidi juga berpuasa pada hari-hari tertentu seperti pada 10 Muharram bagi memperingati hari mereka diselamatkan oleh Allah dari kejahatan Firaun.
Manakala dalam syariat Nabi Isa, penganut nya digalakkan berpuasa dengan tidak menzahirkan atau menunjukkan bahawa mereka berpuasa bahkan perlakuan seperti biasa.
Jika kita perhatikan agama lain yang menggalakkan penganutnya berpuasa adalah untuk meningkatkan martabat mereka. Maka Islam sebagai sebuah agama yang benar dan lurus,memahami fitrah manusia sudah tentu bayak rahsia dan hikmah yang tidak bisa diungkapkan dan dihuraikan dalam bentuk kata-kata. Namun apa yang penting, tujuan utama disyariatkan puasa adalah untuk menyediakan kepada orang yang beriman jalan menuju ketakwaan manakal hikmah lain hanyalah sebagai sampingan sahaja
My Blog List
-
Tentang Saf16 years ago
-
-
-
-
-
-
Northern AFC6 hours ago
-
WASIAT PENTING RASULULLAH YANG DILUPAKAN
Diriwayatkan dari Umar Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
"لا تطروني كما أطرت النصارى عيسى بن مريم، إنما أنا عبد، فقولوا عبد الله ورسوله"
“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah : Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)”
(HR. Bukhori dan Muslim).
Dan Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
"إياكم والغلو، فإنما أهلك من
كان قبلكم الغلو"
“Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian”
(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu).
