Thursday, October 8, 2009


Gempa bumi di Padang Indonisia dan taufan di Filipina:Peringatan Allah

Bencana genpa bumi di Padang,Indonesia yang telah menenggelamkan 4 buah kampong,meruntuhkan bangunan-banguna hotel dan rumah-rumah dengan lebih 4000 ribu nyawa terkorban. Lebih menyedihkan lagi hampir kebanyakkan mereka yang mati tertimbus ditelan bumi sedalam 30 miter tidak dapat ditemui lagi.

Bagi kita umat Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w semestinya telah terjawab segala persoalan tersebut apabila kembali kepada Al-Quran dan sunnah kerana pegangan umat islam,apa sahaja yang berlaku didalam kehidupan manusia khasnya adalah kehedak Allah S.W.T dan ketenyuan daripadanya,bukan berlaku secara kebetulan atau semulajadi.Aqidah umat Islam pada kebanyakan perkara yang berlaku didalam kehidupan manusia didorong oleh sebab dan faktor tertentu samada sebab itu diketahui dengan lojik akal atau mengetahui melalui kaca mata agama.Banyak perkara yang berlaku jelas sebabnya seperti sakit disebabkan kuman,virus dan sebagainya setelah disahkan oleh doctor dapat diterima oleh semua golongan manusia kerana disokong oleh lojik akal.

Kadang kala berlaku perkara yang tidak diketahui sebabnya tetapi ianya ada, seperti gempa bumi, tidak siapa pun yang mengetahui sebab yang tepat walaupun ramai cerdik pandai yang membuar kajian yang akhirnya sampai kepada natijah bahawa peristiwa itu berlaku secara kebetulan atau semulajadi dan kalau ada pun mereka yang mengatakan sebabnya berpunca dari gerakan kerak bumi tetapi terkadang kurang tepat.Asasnya adalah kerana bencana itu luar daripada kemampuan pemikiran dan sempadan akal manusia.Hakikatnya, tidak ada otak yang sampai kepadnya kecuali mereka yang dianugerahkan kefahaman dalam agama oleh Allah S.W.T.

Bagi umat islam hendaklah melahirkan rasa bertuah diatas anugerah ilahi kaca mata agama kepada mereka yang boleh melihat sebab-sebab bencana yang berlaku yang mana tidak sampai kepadanya pemikiran manusia lain.Sememangnya pengetahuan yang mereka miliki itu, mendorong mereka supaya membuat tindakan positif yang menghindar mereka daripada terjerumus kelembah negetif kecuali orang-orang yang bodoh dan lemah fikiran.Mereka beranggapan hanya memadai dengan pengetahuan sahaja tanpa membuat sebarang tindakan positif.Kehidupan mereka hanya mampu berserah kepada nasib sahaja samada baik atau buruk.

Islam mengajar kita supaya membina kekuatan mental mahupun fizikal.Dalam padsa itu juga islam sangat membecikan mereka yang tidak mahu membaiki kelemahan.Sabda Nabi s.a.w;

(المؤمن القوة خير وأحب الى الله من المؤمن الضعيف)

Maksudnya:

Seorang mukmin yang kuat lagi gagah lebih baik dan lebih dikasihi kepda Allah S.W.T daripda seorang mukmin yang lemah’.

Dengan kekuatan diri dan bantuan Allah S.W.T manusia mampu mengubah nasib dirinya kearah kebaikan.Tidak ada siapa yang lahir di dunia ini dengan sifat yang sempurna,bahkan setiap manusia itu lahir dalam serba kelemahan.Ini sudah manjadi sunnah Allah di dunia ini.Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib diri manusia melainkan ia sendiri berusaha mengubahnya.

Firman Allah S.W.T:

(ان الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا بانفسهم)

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak mengubah nasib mana-mana kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubah nasib diri mereka’.

Oleh itu umat islam perlu sedar dengan merenung dan mengggunakan kaca mata agama,


‘Apakah sebab berlaku banyak gempa bumi di Indonesia?”

Supaya ada tindakan positif, bukan sekadar mengetahui kemudian takut dan bimbang kemungkinan akan menimpa masyarakat kita bencana yang sama kerana kesalahan yang sama yang dilakukan.Tidak cukup setakat itu tanpa ada tindakan yang menyelamatkan diri dan masyarakat.

Apabila kita merenung berpandukan kaca mata agama,terdapat dua sebab utama berlaku gempa bumi di Indonesia:

1- Dosa serta terpesong daripada jalan agama.

Indonesia Negara paling ramai yang beragama islam didunia dan banyak pondok-pondok agama yang didirikan tapi selalu dilanda azab gempa bumi dan gunung berapi.

Perlu disedari bahawa islam itu bukan dinilai dengan amalan yang dihidupkan dan syiar yang ditegakkan semata-mata bahkan dinilai melalui aqidah yang sejahtera yang tidak terpesong.Realiti yang berlaku di Indonesia gejala pemesongan aqidah tumbuh dengan subur dan berleluasa dikalangan masyarakat setempat terutama di negeri-negeri dimana lahirnya kumpulan-kumpulan yang menyeleweng seperti Syiah,sufi,tarikat dan lain-lain lagi yang subur lahir didalamnya bid’ah seperti penyembahan kubur,bertawassul dengan orang mati,pemujaan wali-wali dan banyak lagi.

Islam yang hidup di Indonesia dikotori dengan fahaman pemukiran dan amalan-amalan yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Walaupun setiap puak masing-masing mendakwa bahawa mereka sahajalah golongan yang benar tanpa merujukk kepada Al-Quran dan As-sunnah serta fahaman salafussolih.Masing-masing ta’sub membabi buta dengan fahaman mereka.Biarpun syiar islam seperti solat,memakmurkan masjid dan rakyatnya masih kuat bepegang kepada ajaran agama tetapi dalam keadaan terpesong ini semua tidak ternilai disisi Allah S.W.T sekiranya penyelewengan didalam aspek aqidah,ibadat,maksiat dan kezaliman dengan berlaluasa.Kesalahan ini adalaj lebih besar disisi Alllah S.W.T dan berhak mengundang azabnya.

2- Diantara tanda-tanda hampirnya Qiamat.

Rasululllah s.a.w menyabut didalam hadisnya bahawa tanda-tanda hamper Qiamat ialah banyak berlaku gempa bumi.Sabda Nabi s.a.w:

عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تقم الساعة حتى تقتل فئتان عظيمتان يكون بينهما مةتلة عظيمة دعوتهما واحدة وحتى يبفث دجالون كذابون من ثلاثين كل يزعم أنه رسول الله وحتى يقبض العلم وتكثر الزلازل.............)رواه البخارى

Maksudnya: Daripada Abi Hurairah r,a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak berlaku Qiamat sehingga berperang dua golongan yang besar yang mengorbankan jumlah yang besar sedangkan dasar kedua-duanya satu dan sehingga lahir dajal-dajal pendusta yang hampir 30 orang masing-masing mendakwa rasul Allah S.W.T dan sehingga diangkat ilmu dan berlaku banyak gempa bumi.”

Jika manusia masih leka dan lalai dengan dunia,ingatlah bahawa dunia ini tidak berharga lagi setelah berlaku Qiamat dan manusia akan bertamu dengan penyesalan yang tidak ada kesudahan. Bahkan gempa bumi itu sendiri merupakan Qiamat kecil yang memusnahkan manusia yang derharka kepada AllahS.W.T.

Perlukan difahami bahawa setaiap muslim maestilah sentiasa ingat dan sentiasa perbaharui iman kepada hari akhirat,terutama ketika datang amaran Ilahi.Hakikat tanda-tanda awal yang berlaku seperti gempa bumi

No comments:

Post a Comment

WASIAT PENTING RASULULLAH YANG DILUPAKAN

Diriwayatkan dari Umar Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

"لا تطروني كما أطرت النصارى عيسى بن مريم، إنما أنا عبد، فقولوا عبد الله ورسوله"

“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah : Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)”

(HR. Bukhori dan Muslim).

Dan Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

"إياكم والغلو، فإنما أهلك من

كان قبلكم الغلو"

“Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian”

(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu).

There was an error in this gadget