Sunday, August 23, 2009

Ramadhan..

يا أيها الذي ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Telah difardukan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah difardukan kepada umat sebelum kamu, agar kamu menjadi orang yang bertaqwa"
Puasa dibulan Ramadhan merupakan ibadah yang ketiga menurut susun atur rukun Islam. Dalam bulan puasa Allah S.W.A menfardukan puasa kepada mereka yang telah cukup syarat.
'SYIAM' (الصيام) dalam bahasa Arab bererti menahan sesuatu. Mnakala mengikut penggunaan syara' pula ia bermaksud menahan segala makan minum dan perkara yang membatalkannya bemula dari terbit fajar shiggalah terbenam mentari dengan niat hanyalah kerana Allah S.W.A.
Abdullah bin Mas'ud ra, seorang sahabat Nabi yang ulung menjelaskan bahawa apabila sesuatu ayat yang dimulai dengan panggilan 'wahai orang-orang yang beriman" maka sepatutnya difahami bahawa ayat tersebut mengandungi satu prihal yang amat penting, sama ada perintah atau larangan.Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa mereka yang beriman sahaja yang sanggup melakukan atau meninggalkan urusan yang dipertanggungjawabkan.
Perintah puasa sebagaimana dalamn ayat diatas adalah satu perintah yang meminta seseorang itu mengorbankan keselesaan dan kesenangan diri dalam kehidupan seharian.Oleh yang demikian, hanya orang yang benar-benar beriman sahajalah yang mampu dan sanggup menunggu perintah mahupun larangan dari Tuhan semesta alam. Dalam hal ini, mereka bersedia merubah kebiasaan,menahan nafsu makan dan minum,syahwat dan bersedia bangun sahur
Dari ayat diatas juga dapat difahami bahawa peraturan puasa bukanlah peraturab baru yang dikenakan kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w bahkan telah dikenakan kepada umat terdahulu. Meskipun dalam kitab-kitab agama terdahulu seperti Taurat dan Injil tidak menerangkan tentang hukum berpuasa namun terdapat didalamnya pujian dan galakan kepada mereka untuk melakukannya. nabi Musa sendiri pernah berpuasa selama 40 hari. Orang Yahidi juga berpuasa pada hari-hari tertentu seperti pada 10 Muharram bagi memperingati hari mereka diselamatkan oleh Allah dari kejahatan Firaun.
Manakala dalam syariat Nabi Isa, penganut nya digalakkan berpuasa dengan tidak menzahirkan atau menunjukkan bahawa mereka berpuasa bahkan perlakuan seperti biasa.
Jika kita perhatikan agama lain yang menggalakkan penganutnya berpuasa adalah untuk meningkatkan martabat mereka. Maka Islam sebagai sebuah agama yang benar dan lurus,memahami fitrah manusia sudah tentu bayak rahsia dan hikmah yang tidak bisa diungkapkan dan dihuraikan dalam bentuk kata-kata. Namun apa yang penting, tujuan utama disyariatkan puasa adalah untuk menyediakan kepada orang yang beriman jalan menuju ketakwaan manakal hikmah lain hanyalah sebagai sampingan sahaja

No comments:

Post a Comment

WASIAT PENTING RASULULLAH YANG DILUPAKAN

Diriwayatkan dari Umar Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

"لا تطروني كما أطرت النصارى عيسى بن مريم، إنما أنا عبد، فقولوا عبد الله ورسوله"

“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah : Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)”

(HR. Bukhori dan Muslim).

Dan Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

"إياكم والغلو، فإنما أهلك من

كان قبلكم الغلو"

“Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian”

(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu).