Wednesday, August 26, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN


Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, sebaiknya kita renungi secebis hadis Nabi S.A.W , semoga dengannya kita mendapat manfaat untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita.

(عن ابى هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى عليه وسلم ثلاثة لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والأمام العادل ودعوة المظلوم يرفعها الله فوق الغمام ويفتح لها أبواب السماء ويقول الرب لأنصرنك ولو بعد حين)

Maksudnya: Dri Abu Hurairah ra. Rasulullah S.A.W bersabda “ Tiga golongan yang tidak ditolak oleh Allah S.W.A iaitu orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, seorang pemimpin yang adil dan seorang yang dizalimi.Allah S.W.A akan mengangkatnya keatas awan dan terbuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah akan berfirman “ Demi kemulian ku pasti aku akan menolong kamu walau selepas beberapa ketika:.

Di dalam kitab Ad-Durr Al-Mansur terdapat hadis yang dinukilkan daripada Aisyah ra. Bahawa apabila Ramadhan tiba, keadaan Nabi S.A.W akan berubah baginda akan menambahkan solatnya, sangat merendah diri berdoa dan keadaannya dikuasai oleh perasaan takutkan Allah S.W.T. Didalam hadis yang lain beliau berkata hingga keakhir Ramadhan Baginda tidak akan datang ketempat tidur.

Dinyatakan dalam satu hhadis bahawa dibulan Ramadhan Allah S.W.T memerintahkan para malaikat penanggung ‘Arasy supaya meninggalkan ibadah masing-masing dan mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa.

Memang dapat diketahui dari banyak hadis bahawa doa-doa dibulan Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi didalam penyempurnaan perkara ini kerana Alllah S.W.T telah berjanji dan janji itu diberitakan pula oleh rasul yang benar.

Walau bagaimana pun setengah orang mungkin telah berdoa untuk tujuan tertentu tetapi doanya tidak juga tertunai.Dengan sebab itu janganlah pula dia terfikir bahawa doanya tidak dikabulkan,sebaliknya hendaklah dia cuba memahami makna sebenar sesuatu doa dikabulkan.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Apabila seseorang islam berdoa dengan syarat dia tidak berdoa untuk memutuskan silaturrahim dan tidak juga untuk sebarang dosa maka Allah S.W.T akan berikan kepadanya salah satu dari 3 perkara iaitu:

1-Dia mendapat apa yang telah didoakannya .

2-Sebagai ganti dari doa itu satu musibah atau keburukan akan dijauhkan darinya.

3-Diakhirat nanti pahala akan diberikan mengikut kadar doanya itu.


Adalah dinyatakan didalam sebuah hadis bahawa pada hari kiamat Allah S.W.T akan memanggil seorang hamba dan berkata:

"Wahai hamba ku! Aku telah memerintahkan kamu supaya berdoa dan Aku juga telah berjanji untuk menerimanya. Adakh engkau telah berdoa kepada ku? "Dia akan berkata, Ya saya telah berdoa" maka Allah berfirman "Tiada satu doa pun yang engkau telah pohon yang Aku tidak tunaikan: kamu telah meminta supaya sekian kesusahan dijauhkan maka Aku telah sempurnakannya di dunia dan kamu telah meminta supaya kamu dilepaskan dari sesuatu kesusahan tetapi kamu tidak tahu pun kesannya. Aku telah tetapkan gantian untuk doa itu dengan sekian ganjaran".

Rasulullah menyatakan sehingga satu demi satu doa'nya akan dipertingkatkan dan akan diberitahu samada ia telah disempurnakan di dunia ataupun gantiannya diberikan di akhirat.Melihatkan ganjaran pahala yang begitu banyak ,si hamba itu akan berkeinginan agar tidak ada satu pun dari doanya dimakbulkan di dunia dan di akhirat nanti dia mendapat ganjaran yang begitu banyak. Ringkasnya doa adalah satu perkara yang sangat penting.

Kelalain terhadapnya adalah satu kekurangan dan kerugian sangat besar.Nyatalah bahawa jika kita belum melihat tanda-tanda penerimaannya,maka janganlah kita merasa hampa.Allah juga memerhatikan kemaslahatan hambanya didalam memberi apa yang dipinta. Jika pemberian perkara yang diminta itu ada kebaikan untuknya maka akan diberikannya, jika tidak maka tidak akan diberi oleh Allah permintaannya itu.Ini merupakan ihsan Allah yang besar kepada kita kerana kadangkala apa yang diminta oleh kita tidak sesuai untuk diri kita maka akan diberikan dalam bentuk yang sesuai dengan kita.

3 comments:

  1. "DAN TIDAKLAH KEHIDUPAN DI DUNIA INI KECUALI HANYA PERMAINAN BELAKA, SEDANG KEHIDUPAN AKHIRAT ITULAH YANG LEBIH BAIK BG ORANG2 YG TAKWA, APAKAH KAMU TIDAK MEMIKIRKANYA?".

    ReplyDelete
  2. muga kita mempertinghkatkan lagi amal ibadah di bulan yg penuh gandaan pahala ini.insyarallah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

WASIAT PENTING RASULULLAH YANG DILUPAKAN

Diriwayatkan dari Umar Radhiallahu’anhu bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

"لا تطروني كما أطرت النصارى عيسى بن مريم، إنما أنا عبد، فقولوا عبد الله ورسوله"

“Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan dalam memuji Isa bin Maryam. Aku hanyalah seorang hamba, maka katakanlah : Abdullah (hamba Allah) dan Rasulullah (Utusan Allah)”

(HR. Bukhori dan Muslim).

Dan Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

"إياكم والغلو، فإنما أهلك من

كان قبلكم الغلو"

“Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan, karena sesungguhnya sikap berlebihan itulah yang telah membinasakan orang-orang sebelum kalian”

(HR. Ahmad, Turmudzi dan Ibnu majah dari Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu).